Followers

Pages

Monday, November 30, 2015

MEMBINA SEBUAH RUMAH

Membina sebuah rumah,
mahunya cantik serta megah,
serta kukuh dan gah di balik bencana,
ibarat mahligai di puncak bukit.

Membina sebuah rumah
sukarnya dalam membina,
pelbagai pelan serta arkitek diperlukan,
ramainya pembantu dalam membina,
lamanya tempoh untuk di siapkan,

Membina sebuah rumah,
perlukan tukangnya,
serta pembantunya,
dan juga bahan binaannya,
barulah boleh mula membina.

Membina sebuah rumah,
perlunya kesabaran,
perlunya ketekunan,
perlunya kebertanggungjawaban,
perlukan masa.

Akhirnya,
Rumah siap di bina,
Di catnya cantik lamannya indah,
berkat usaha tukang dan pembantunya,
itulah impian setiap pemiliknya.

#ikhlas dr Galak Hitam.


HORMAT MENGHORMATI vs EGO



Hormat Menghormati. Itulah suatu yang sukar bagi seseorang itu. Walau jiwa selembut salju embun, tapi masih ada walau secebis ego dalam diri setiap manusia. Itulah lumrah setiap manusia. Tidak di nafikan ada manusianya salih menghormati antara satu sama lain, namun dalam sesetengah situasi atau keadaan, pastinya akan ada walau setitik atau sebesar zarah rasa keegoan itu dalam diri. Tidak menyalahkan sesiapa kerana Galak sendiri mempunyai sikap sedemikian. 
Malam ini Galak belajar sesuatu yang baru. Dalam ke egoan diri, kadangnya kita kena hindar rasa itu demi kepentingan orang lain, sekeliling atau persekitaran kita. Jika itupun kita tidak boleh buat, nescaya kita akan dipandang hina oleh orang lain. Sifat ego itu di ibaratkan dengan sifat dengki atau cemburu sesama manusia, persekitaran atau sekeliling kita. Janganlah kerana kepentingan diri, sampai kita lupa akan niat murni kita untuk kesejahteraan di masa akan datang. Jika boleh, jangan kita ikuti sifat sedemikian, dan jika ada berlaku dalam setiap masa kita, jauhilah, dan tenangkanlah diri supaya tidak memudharatkan. 

'Biar orang buat kita asalkan jangan kita buat orang '. Ungkapan itu sering kita dengar dalam setiap buah mulut orang tua-tua. Ini kerana, mereka tahu akan keburukan jika kita yang memulakan perbalahan atau bersikap ego akan membawa padah kepada diri malah kepada persekitaran serta orang sekeliling. Jadi, untuk menghindar dari berbuat demikian, kita cubalah istighfar dan tenang serta bersikap positif dalam segala perbincangan, permasalahan mahupun persekitaran sekeliling. Jangan pula kita memanaskan sikap itu sehingga mendidih gelegak dan akhirnya keluar dari dalam diri . Oleh itu sebagai manusia yang mempunyai akal yang telah dikurniakan oleh Allah swt, kita kenalah bersikap mudah menerima, hormat menghormati serta bermacam lagi dalam membentuk sahsiah diri dan keperibadian diri. 

Sukar nak hindar sifat ego?
Memang sukar, tapi jika kita praktikkan dalam kehidupan seharian pastinya akan berjaya kita hindar sifat itu. Malah kita kena selalu bersikap adil, menerima teguran dan nasihat, serta mengakui kesalahan serta ringankan diri dengan meminta maaf sekiranya menyedari kesalahan yang telah dilakukan. Nescaya jika itu yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian, pastinya kita akan disenangi oleh setiap golongan muda mahupun tua. 



Thursday, October 22, 2015

ALI DAN NASI KERABUNYA. -

Kisah Lelaki Bodoh dengan cita-citanya.

Hoi, Nasi kerabu!!

Entah apa di pikirnya, tiba-tiba keluar dari mulutnya menyebut nasi kerabu berkali-kali. Itupun setiap kali dia melihat seorang budak perempuan yang umurnya lebih kurang sebaya dengan Ali. Hendak di katanya budak perempuan itu bernama nasi kerabu memang salahlah sebab nama budak perempuan itu ialah Zirah. Tapi apa makna nasi kerabu yang selalu Ali sebut setiap kali melihat Zirah. Kadangnya pernah sekali dipandang garang oleh Zirah apabila Ali melaungkan nasi kerabu kepada nya.

Entah aku pun pelik apa kena dengan Ali. Nasi kerabu dipanggilnya Zirah itu. Mau nya malu budak perempuan yang rendahnya seinci dari Ali dengan lesung pipit yang sedikit nampak walau dalam keadaan sedang marah.

Suatu hari Zirah bermain pondok-pondok bersama rakan sebayanya di taman. Ali yang dari jauh sedang berjalan di kawasan berdekatan ternampak Zirah yang sedang bermain. Di laungnya dari jauh, " hoi, Nasi kerabu !!!"... Rakan Zirah yang sedang bermain sama-samanya terus tertawakan Zirah kerana di gelar nasi kerabu. Dalam keadaan marah, Zirah yang sedang memegang sudip plastik terus bangun dan berlari ke arah Ali. Ali yang memerhati dari jauh mematikan langkah jalannya seperti tahu akan Zirah yang sedang menuju ke arahnya.

"Seperti mengetahui Zirah sedang menuju ke arahnya.". Ali yang nampaknya tenang itu hanya menungu kehadiran Zirah dengan senyuman. Sesudah sampai tanpa berkata apa-apa Zirah terus memukul kepala Ali.

'Adoi'.... Ali merasakan sedikit kesakitan di kepalanya. Walau sudip plastik namun rasa kesakitan di pukul itu bagaikan menusuk di dalam jiwa. Namun Ali hanya senyum, Entah apa yang di pikirnya sampai tindak balas rasa sakit itu seperti hilang dengan tiba-tiba.

Zirah pelik dengan Ali. Sepatutnya Ali membalas balik atau memarahinya, tapi lain dipikirnya apabila melihat Ali hanya senyum walau dipukul oleh Zirah.

"hei budak bodoh, kenapa dengan kau ha?"

Ali hanya senyum. Tanpa berkata apa-apa.

"aku bagi amaran sekali lagi kau menggelarkan aku nasi kerabu, aku akan pukul kau lagi "

Tegas Zirah dengan memek muka garang dengan renungan tajam. Walau dalam keadaan marah itu masih kelihatan jelas lesung pipitnya walau tidak kelihatan begitu jelas di masa dia senyum. Namun itu lah yang membuatkan Ali hilang rasa sakit yang di alaminya.

Zirah kemudiannya beredar dari Ali. Sedang dia berjalan menjauihi Ali, tiba-tiba terdengar kata-kata Ali yang samar-samar dengarnya,

"nasi kerbau tu banyak ulam, biru nasinya, pelbagai lauknya, Begitulah juga dengan awak..."

Zirah yang berjalan pergi itu bingung, Entah apa yang disebut Ali tentang nasi kerabu dengan dia, Biarlah, malas Zirah nak pikir,  dia terus pergi meninggalkan budah Ali itu.  Mungkin di sebabkan faktor umur yang masih kebudak -budakan itu membuatkan Zirah malas untuk berfikir apa yang di sebut oleh Ali.


" Nasi kerabu itu ibarat awak. semuanya ada dalam diri awak. Itulah yang membuatkan Ali selalu mencari Zirah. " - Nasi Kerabu.

Tuesday, May 12, 2015

Pakej Candat Sotong di Kuala Besut, Terengganu

Tawaran Pakej Mencandat Sotong di Kuala Besut, Terengganu

Pakej: Candat sotong, Memukat Sotong ( oleh awak-awak nelayan ) serta memancing di sekitarnya.

Saiz Bot A ( lebih kurang lebar 15kaki dan 60 kaki panjang.)
Maximum : 10 orang

Harga Rm 2,000 untuk satu hari 

Kepada peminat aktiviti mencandat sotong di seluruh negeri tidak kira pantai timur mahupun dari pantai barat di alu-alukan untuk menempah sekiranya berminat dengan pakej yang ditawarkan. 

Juga kepada yang ingin merasakan atau melihat atau mencari pengalaman merasakan suasana mencandat sotong mahupun melihat cara memukat sotong di alu-alukan juga untuk membuat tempahan. 

Kemudahan yang tersedia:
Dapur memasak, tempat simpanan ais, tempat tidur, bekalan air bersih, lampu sportlight dan lampu sotong, baju.jaket keselamatan, sistem GPS, 

PENGECUALIAN: Pakej ini tidak di lindungi oleh sebarang polisi insuran. Jika berlaku sebarang masalah atau musibah, pihak/tauke bot tidak akan bertanggung jawab dalam sebarang perkara yang berlaku.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

En Farid: 019-9191749

Note: Musim Sotong kebiasaannya di antara bulan march hingga jun/julai setiap tahun di kawasan Pantai timur. 

Gambar di bawah di ambil semasa mengikuti 1 kumpulan yang turun mencadat dengan pakej tersebut.


Saiz Bot A 


Pandangan dari atas bot. Boleh juga di jadikan tempat untuk solat. Panduan arah kiblat boleh tanya pada tekong bot.


Kumpulan tersebut sedang menjamu selera sebelum melakukan aktiviti mencadat atau memancing.


Aktiviti mencadat pada waktu malam.


Antara Jenis sotong yang berjaya di candat. 1 bekas biru bersamaan dengan 15 kilogram atau 20 kilogram berat hasil.



Hasil tersebut dari memukat sotong oleh para awak-awak bot. Tidak terlepas juga kumpulan tersebut untuk membantu mengasingkan sotong dan ikan ke dalam bekas-bekas yang tersedia.

Hasil pada malam itu ialah 90 Kilogram Sotong dan 20 kilogram Ikan pelbagai jenis. 



Monday, May 11, 2015

Cerpen Ayah.


             Hujan renyai-renyai mula turun. Angin sepoi-sepoi turun dirasakan Jahal yang sedang duduk di pankin hadapan rumahnya sambil di mulutnya mula menyedut asap rokok daunnya. Matanya tepat merenung bulan yang cerah pada malam itu. Kadangnya pandangannya beralih pada bahu jalan setelah ada beberapa kereta melewati hadapan rumahnya. Namun kemudiannya dia terus memandang kembali pada bulan tersebut. Seperti memikirkan sesuatu. Berbaju singlet dan berseluar pendek seperti tidak menghiraukan kesejukan malam itu, Jahal masih tidak mengendahkan titisan air hujan yang semakin lebat itu. Pankin yang di bina dari kayu dan papan serta berbumbungkan atap zink ternyata sama sekali bising dengan titisan air hujan yang menimpa atap tersebut namun tidak membenarkan sedikit pun air hujan mengena tubuh rencang Jahal yang sedang senang duduk di dalamnya. Hanya tempias sedikit sahaja di rasainya namun tidak di endahkan Jahal. 

Wajah yang berkerut seperti memikirkan sesuatu tadi bertukar alih kepada adiknya yang menjerit padanya di hadapan pintu rumahnya. Cemas seperti sesuatu sedang berlaku. 

"Abang Jahal, cepat ! ... Ayah jatuh.".

Mendengar jeritan itu, Jahal bergegas ke dalam rumah. Dia segera ke dapur.

Ayahnya terbaring di ruang dapur rumah. Dengan segera Jahal dan adiknya memapah ayahnya dan di bawa ke ruang luar rumah. Ayahnya pengsan tidak sedarkan diri. 

" kau tunggu dekat ayah, aku nak ke rumah Ali untuk minta dia bawa keretanya "

Dengan tidak berpayung atau memakai baju kalis hujan, Jahal segera mendapatkan motosikal jenis EX5 yang selalu di gunakan untuk ke tempat kerja untuk ke rumah Ali. Kelam malam dengan hujan renyai tidak di endahkan Jahal. Matlamatnya hanyalah untuk ke rumah Ali yang berada di kampung sebelah. Jauh sedikit dari rumahnya. Di kampungnya, bukan tiada penduduk yang mempunyai kenderaan berbumbung tapi Jahal sudah masak dengan perangai orang kampungnya yang hanya memberi pertolongan jika ada habuannya. 

Ali yang juga sahabat Jahal sejak di bangku sekolah lagi, seorang yang baik dan selalu menolong Jahal di kala Jahal memerlukan pertolongannya. Mungkin ada budi Jahal yang menyebabkan Ali sentiasa menolongnya.  Dulunya mereka sama-sama satu kelas. Kelas pandai. Jahal juga tidak asing dengan kebijaksanaannya kerana sering mendapat tempat pertama dalam kelas di ikuti Ali di tempat kedua. Mereka sering berlumba untuk mendapatkan tempat pertama di dalam kelas. Jahal juga pernah di tawarkan ke Universiti tempatan namun di tolaknya. Pada masa itu ibunya meninggal dunia manakal ayahnya sudah berhenti kerja kerana sering mengadu sakit kepala dan tidak mampu untuk meneruskan kerjanya. Mengenangkan adiknya masih di bangku sekolah dan ayahnya yang sudah berhenti kerja,  Jahal mengambil keputusan untuk menolak tawaran ke universiti kerana ingin menjaga keluarganya. Pernah juga di marahi ayahnya kerana menolak peluang tersebut namun dia nekad untuk memilih tidak menerima tawaran tersebut demi keluarganya. Pernah juga Jahal merungut kerana keadaan keluarga namun akhirnya dia redha dengan ketentuan. Mungkin tiada rezeki mengejar cita-citanya namun dia percaya rezeki itu meluas. Tiada rezeki hari ini, mungkin akan datang rezeki di kemudian hari.

Setelah mendapatkan Ali, Jahal segera pulang dalam keadaan basah kuyup serta kesejukan. Dan kemudian di ikuti Ali yang datang dengan kereta jenis produa kancilnya. 

Sampai saja Ali, tanpa berlengah, Jahal dan adiknya Nina segera memapah ayahnya dan memasukkan ke dalam kereta Ali. Mereka terus saja ke hospital berdekatan. 

*******************************************************************************

Di Hospital .

Setelah di berikan ubat serta pemeriksaan telah di lakukan oleh pihak hospital, Jahal di panggil oleh seorang Doktor yang ditugaskan untuk merawat ayahnya. Mereka menuju ke bilik Doktor. Doktor Rajit Singh.

" Ada ketumbuhan di dalam kepala ayah kamu, peringkat ke tiga dan pihak hospital memerlukan sejumlah wang untuk membiayai kos pembedahannya .."

Patutlah semenjak setahun yang lepas, ayahnya selalu mengadu sakit kepala. Hendak diajak  untuk pemeriksaan di klinik tidak mahu. Katanya sakit kepala saja, bila makan ubat nanti hilang sakitnya.

Doktor Rajit memberi tempoh selama 3 bulan kepada Jahal untuk membuat keputusan serta menyediakan kos perubatan jika mahu ayahnya kembali sihat.

Alangkah luluhnya hati seorang anak sulong apabila mendengar berita buruk itu ditambah pula kos untuk membiayai pembedahan ayahnya melampaui pendapatannya. Jika di keluarkan duit simpanan serta kwsp nya juga masih lagi tidak mampu untuk menanggung pembiayaan tersebuit, apatah lagi dengan meminjam wang dari saudara sendiri yang sudah diketahui mereka semua kedekut. 

Jahal buntu memikirkan masalah yang ditimpa mereka sekeluarga. Dia tidak memberitahu Nina kerana tidak mahu adiknya terlibat dalam permasalahan itu. Baginya biarlah dia seorang yang menangung semua itu. Apa yang bermain di fikirannya sekarang ialah bagaimana cara untuk dia kumpulkan duit berpuluh ribu ringgit untuk membiayai kos perubatan ayahnya itu.

Setelah ayahnya kembali sedar, mereka kemudiannya membawa ayahnya pulang ke rumah.

******************************************************************************

Di rumahnya.

Suatu petang, semasa Jahal berehat di pangkinnya, Ayahnya datang menyapa. Jahal yang masih penat baru pulang dari kerja segera bangun dan berpura-pura seperti tidak letih. Di sambut ayahnya duduk di pangkin tersebut. 

" macam mana kerja, banyak ? "

" Macam biasa ayah, hari ni pasang tilles  saja. Boleh la buat kerja sambil duduk...,malam ni saya ke pasar malam, tolong Pak Kudin menjual buah di sana"

Mereka kemudian diam seketika. Bunyi kicauan burung ciak berkiauan seperti riang kekenyangan makan padi, disertakan pula dengan sepoi angin petang menyapa menenangkan sesiapa sahaja yang keletihan setelah pulang dari membanting tulang mencari rezeki. Terutama yang berkerja sebagai buruh kasar.  Begitulah kerja orang kampung. Ada yang berkerjaya, ada pula yang tidak berkerjaya besar, ada juga yang sanggup mengetepikan masa depan demi keluarga di kampung. Antara mengejar cita-cita dan pengorbanan kepada keluarga. Sepertimana ibu bapa yang sanggup mengorbankan sisa hidup demi anak-anak. Begitulah juga jika ada anak yang sanggup mengorban cita demi ibu bapa. 

" Jahal...". Ayahnya menyapa. 

" kalau tak mampu, kamu tak payahlah cari duit lebih untuk ayah, Sakit ni semua orang akan rasa, Cuma bezanya rasa. Ayah tahu penyakit ayah ni berat. Tapi ayah tak mahu anak ayah tanggung beban untuk ayah. Biarlah penyakit ni menemani ayah sampai bila-bila. Kalaupun takdir ayah pergi, ayah redha... "

Jahal terus menyakat kata-kata ayahnya. 

"tapi ayah, Jahal masih mampu cari duit untuk tanggung kos pembedahan ayah.."

" Jahal... Tak payahlah. Niat kamu tu baik, tapi ayah taknak semua tu. cukuplah kamu dapat jaga Nina dan dapatkan yang terbaik untuknya sudah memadai bagi ayah... Ayah serahkan tugas ayah pada kamu..."

Kata-kata ayahnya tidak di hindarkan Jahal, Dia tekad untuk mengumpul sebanyak mana duit untuk membiayai kos pembedahan ayahnya. 

Namun setelah tidak sampai 2 bulan, ayahnya jatuh pengsan dan di bawa ke hospital. Jahal sudah menjangkakan sesuatu akan berlaku pada ayahnya. Tidak lama selepas itu ayahnya meninggal dunia. Walau sedih namun Jahal tetap redha dengan pemergiannya. Dia tahu dia telah berusaha sehabis boleh namun masih tidak mampu juga. Pada ayahnya, dia berjanji untuk menjaga dan memenuhi keperluan Nina yang masih belajar di bangku sekolah. Dia berjanji untuk jadi ayah, ibu dan abang yang mampu memenuhi keperluan Nina. 

********************************************************************************

Kepada Ayah, 

Galak sisipkan sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Rinto Harahap bertajuk Ayah dan dipopularkan oleh Band dari indonesia : Peterpan - Ayah. 

https://www.youtube.com/watch?v=_0HO8EA2VXc

video



p/s: Cerita hanyalah rekaan semasa-mata. Cerita biasa oleh Galak Hitam. Tiada kena mengena bagi yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. 

Apa yang ingin Galak sampaikan adalah, Hargailah Ayah atau ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa dan hiburkanlah hati mereka. Jangan marah atau benci di sebabkan oleh kata-kata mereka atau di marah mereka, Kepada mereka yang sudah meninggal dunia, sama-samalah kita sedekahkan Al fatihah berserta doa kepada mereka semoga di tempatkan di kalangan orang2 beriman. 

Ingatlah tanpa mereka, 
kita tidak akan ada di dunia ini,
kita tidak akan jadi orang berakal,
kita tidak akan kenal agama kita,
kita tidak akan jadi manusia,
kita tidak akan mampu makan,
kita tidak akan mampu minum,
kita tidak akan mampu belajar,
kita tidak akan mampu berjalan di dunia sekarang.



Maafkan jika ada tersalah bahasa, terkasar kata, tersilap taip Galak dalam menulis entri tersebut. :))

Peace Yoo. 





Hitam Manis yang Hitam Manis - Pandang Tak jemu

As Salam dan Salam sejahtera kepada warga pembaca, sahabat-sahabat semua.
Semoga Kalian dalam keadaan sihat sejahtera.

entri kali ni berkenaan dengan warna. Entah kenapa Galak rasa ingin menulis berkenaan 'Hitam manis'.. Mungkin ada sebabnya. Sebab? Iya, bersebab.

Adapun di kalangan manusia warna kulitnya berbeza,
Adapun di kalangan manusia perangainya lain rupa,
Adapun di kalangan manusia lain wataknya,
Bergantung pada didikan dan keturunannya.

Itulah manusia. Kalaupun sama mestinya kembar rupa.
Kalaupun sama mesti peranganinya berbeza,
kalaupun sama, mesti lain jantinanya.
Semua tetap berbeza. Itulah kebesaran Pencipta,
Bukan melalui Sainsnya.

Dan kenapa Hitam manis?
Ha ha ha,,, Hanya sebab hitam tidak semestinya buruk,
Hanya sebab hitam tidak semestinya bodoh.
Hanya sebab hitam tidak semestinya hodoh.

Hitam ada baiknya.
Hitam ada kelebihannya
Hitam ada kecantikannya.

Itulah yang Galak ingin maksudkan.
Dan Galak suka hitam manis bukan kerna
warna kulit Galak, tetapi sukanya Galak pada
warna itu.

Untuk dia, Galak tujukan sebuah lagu.
Nyanyian Emilia Contessa - Hitam Manis.

" Hitam manis, yang hitam manis
yang hitam manis, pandang tak jemu,
pandang tak jemu....

... yang hitam manis, pandang tak jemu..
Hitam manis yang hitam manis, yang hitam manis,
cantik parasmu buat hatiku, siang dan malam,
selalu kurindu...

... Di waktu bulan terang cuaca, Ku pejam mata
tapi tak lena,. Yang hitam manis datang menjelma, 
Kenangan menggoda, Aku teringat pandang pertama..."




Sunday, April 19, 2015

Mensyukuri Apa Yang Ada Sekarang

Assalam dan salam sejahtera kepada warga blogger dan juga pembaca.

Sudah lama Galak tidak menjenguk blog ini. Kesibukan masa serta kesibukan menyibukkan diri di tempat tak sibuk menyebabkan Galak makin leka untuk jenguk blog. ( dan nk stat merapu )

Ok lah. Kali ni Galak ingin membincangkan dan mengutarakan suatu tajuk yang mungkin pembaca sudah jemu dan tahu mengenai perkara ini. - Mensyukuri Apa Yang Ada Sekarang.

Oh, Takkala Negara kita di kejutkan dengan pelbagai kejutan yang di antaranya yang paling memberi impak kepada golongan bawahan seperti Galak ini ialah impak GST. Seperti yang di jangka, perkara ini telah menimbulkan banyak keresahan dalam kalangan rakyat marhaen di negara ini. Namun mahu tidak mahu, sekarang kita terpaksa menerima perkara tersebut. Tapi sebenarnya bukan Gst yang Galak ingin ceritakan, malah tiada niat sekali Galak ingin mencetuskan perkara negatif, walhal Galak sendiri juga menanggung kesannya. Itu sekadar intro. 

Apa yang ingin Galak ingin ceritakan adalah berkenaan dengan syukur dengan apa yang ada. Apa yang ada? Anda?

"Kehidupan"

Kehidupan yang ingin Galak katakan adalah berkenaan dengan kehidupan harian. Bernafas, makan minum, berjalan, sihat, berkerja dan memiliki pendapatan sendiri, berkeluarga, dan lain-lain. 

Berbanding dengan sesetengah manusia, ada yang bernafas tapi tidak mempunyai kaki untuk berjalan. Adapun cukup anggotanya tapi lumpuh sepenuhnya apatahlagi tidak mampu bekerja, ada yang berkerja tapi masih berusaha untuk menyara keluarga, dan ada yang cacat anggotanya tapi penuh dengan semangat membara. Semua itu ada berlaku. 

Jadi, sebagai seseorang yang memiliki kelengkapan anggota serta dapat berfikir dengan warasnya, Galak rasa patutlah kita bersyukur dengan apa yang ada. Jangan lupa menggunakan kelebihan diri dengan perkara tidak sepatutnya. 

Namun semikian, di masa serba canggih moden ini, Galak terasa sedikit terkilan bila melihat ada manusia yang cukup sifatnya tapi tidak menghargainya. Dan ada yang tidak cukup sifatnya tapi pandai menggunakan kelebihan yang ada. Anak-anak muda zaman sekarang, terutama remaja kini, Galak boleh anggarkan lebih dr separuh golongan ini ramai yang memilih untuk berpeleseran seperti lepak sana sini, melakukan aktiviti haram seperti berlumba motosikal, membuli, gejala tidak sihat dan sebagainya. 

Jika ingin anda melihat perkara tersebut, Galak minta anda pergi ke KL pada waktu malam hari minggu. Dan anda boleh lihatlah kehidupan golongan belia ini. Galak pun alami juga zaman remaja, dan Galak pun tahu apa itu hiburan mereka. Tapi bagi Galak, zaman remaja yang Galak alami dulu tidak sama dengan zaman remaja anak muda sekarang, 

"Dengan lelakinya meniarap,
motornya meruncing,
Lajunya berlumba di sana sini,
tahurannya datang di belakang,
kini wanitanya menonggeng,
keluarnya asap warnanya hitam  "

Itulah yang ingin Galak gambarkan melalui puisi tersebut,

Janganlah leka wahai anak muda, terutama kaun hawa. kerana sekali terluka, ubatnya tiada. Jadi hargailah apa yang ada sekarang. Jangan mudah leka dengan pujukan iblis durjana. Jangankan pula bila keluarnya anak tidak sengaja, ayahnya pula tidak kenal siapa, menanggungnya pula bila sudah di buang keluarga. 

Inilah yang Galak perhatikan dari segi pemerhatian dan pembacaan Galak mengenai isu harian. Bukan tidak banyak isu lagutu berlaku di zaman ini, malah banyak, tidak di nafi ada di kalangan pelajar-pelajar universiti yang mana sudah culture shock ', malah ada juga sekarang di kalangan pelajar sekolah menengah. Ada saja di mana-mana Negeri di Malaysia ini. 

Jadi di kesempatan ini, Galak ingin beri nasihat kepada Golongan adik-adik ini, jika ada yang masih belajar, belajarlah sampai habis, jika ada yang bekerja, carilah duit dan kahwin, jika ada yang sedang bercouple, teruskan bercouple dengan niat yang baik, jangan kerana nafsu semata-mata. dan jika ada yang sudah berada dalam dunia gelap, anda boleh berusaha untuk jadi lebih baik. Bukan tiada orang jahat jadi imam, tapi sudah terbukti, jika anda ke kampung-kampung, anda tanyalah kisah silam tok-tok imam, tok siak, tok bilal dan orang2 alim di kampung tersebut, pastinya sejarah hidup mereka lagi kejam dan jahat jika di banding dengan anda. Jangan ingat orang tidak baik tak boleh berubah. Dan yang masih baik itu, janganlah sesekali mencuba untuk jadi 'jahat'. 

Oleh itu, Galak harap, kita sama-sama berubah ke arah kebaikan dan mensyukuri apa yang ada sekarang. 

p/s: Galak pun dulu bukan baik pun, pernah juga Galak lumba motor, bersosial. Tapi Galak bersyukur sebab galak tidak berkesempatan untuk terjerumus ke arah maksiat.  




Sunday, January 25, 2015

ROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH? WAJAR ATAU TIDAK - PANDANGAN GALAK HITAM


MACAM- macam hal lah berlaku dalam Negara kita sekarang ni. Macam-macam benda terjadi. Sekarang pula hangat dengan isu rotan anak yang bakal di jadikan sebagai satu 'point baik' yang bakal mem'bodohkan' lagi generasi akan datang. Isu ini lah yang Galak nak berkongsi pendapat dengan kawan-kawan semua. Tak kesahlah kawan-kawan suka atau tidak kerana Galak hanya ingin bagi pendapat sendiri sahaja dan tidak ada kena mengena dengan golongan pemerintah, menjawat awam/swasta, golongan petani kampung, guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah, doktor-doktor dan banyak lagi. ( mampus Galak kalo nak mention semua golongan )

 Sebagai salah seorang penduduk di Negara Malaysia dan berstatus warganegara, Galak ingin juga bagi sedikit pendapat yang mana Galak rasa tidak patut isu rotan ini di jadikan satu akta kesalahan dalam negara kita. Memang di Negara Sweden ada akta sebegitu, dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu sebuah keluarga iaitu keluarga Azizul Rahim Awaluddin dan isteri ( Shalwati Norshal ) yang di jatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memukul anaknya( Galak fikir rotan anak biase-biase jer macam ibu bapa rotan anak-anak mereka kerana tidak siap keje skolah, tidak mahu/melambatkan solat dan sbgainya ) . Oleh kerana kita di Negara orang, jadi kita kenalah mengikut akta perlembangaan mereka. Sama seperti kita masuk 'Kandang kambing, kena mengembek, masuk kandang harimau kenalah mengaum,'. Bagi Galak perbuatan Azizul Awaluddin dan isterinya melakukan perbuatan sedemikian adalah betul kerana itu adalah satu bentuk dalam mengajar dan mendidik anak. 

Masih lagi segar dalam ingatan Galak, semasa galak berada dalam darjah 3 di Sekolah Rendah. Biasalah budak-budak, nakalnya sentiasa ada. Lagi nakal bila bertemu Geng ( rakan sekelas). Buat bising memang satu rutin. SUATU hari... Galak di sekolah rendah, Kelas fardhu' ain. Loceng berbunyi menandakan waktu belajar bermula. Galak dan kawan-kawan di dalam kelas, kerja kami buat bising. Sampai Ustat ( Arwah ustaz Abdul Kadir ) tidak mampu mengawal kami. ( sebenarnya bukan tidak mampu memarahi kami tetapi arwah sebenarnya sayangkan anak muridnya sehingga tidak sanggup memarahi kami ). Bisingnya kelas kami sehingga tiba-tiba seorang ustaz disiplin ( Arwah Ustaz Abdul Halim ) masuk. Kami yang sedang bergembira suka membuat bising tiba-tiba diam. Terkejut dan ketakutan kerana Arwah Ustaz Halim masuk kelas kami. Kami semua duduk di tempat masing-masing. Arwah tanpa bercakap apa-apa terus ke arah kami. Satu persatu kawan-kawan Galak di tariknya. Tangannya memengang surai @ anak rambut ( rambut di tepi telinga ) kemudian di tarik ke atas. Memang sakitnya sampai kami yang di tariknya semua berjalan jinjing. Sakitnya hanya kami sahaja yang merasa. Mau menitik air mata tahan sakit. Dari hari tu sampai habis belajar darjah 6, kami geng-geng budak nakal ni diam sahaja dalam kelas. Tambah-tambah masa kelas fadhu ain. SERIUS BEB, SAKIT!!!....

 HAHAHA.. Padan muka Galak n Geng.. Nakal sangat kan... Tapi, Galak dan kawan-kawan tidak berdendam pun dengan Arwah malah kami cukup berterima kasih dengannya kerana dengan ketegasan dan Garangnya arwah membuatkan kami diam dan tidak nakal lagi dalam kelas. Tapi percayalah, GALAK BENAR_BENAR INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA KERANA MENJADI PENDIDIK GALAK DAN RAKAN_RAKAN HINGGA MENJADI ORANG YANG BERILMU WALAU ILMUNYA TIDAKLAH BANYAK.

Sebenarnya Galak bukan nak bercerita pasal kisah zaman kanak-kanak Galak, cuma Galak ingin kaitkan dengan yang Menteri pembangunan wanita tu, apa nama tu... nak bentangkan isu tersebut jun ini. Sebenarnya tidak perlu untuk tubuhkan salah laku rotan anak ni kerana sebenarnya itu adalah satu bentuk didikan yang sangat mujarab dan menjadi. Kalau hendak ditanyakan, Galak rasa, Apa nama menteri Rohani tu masa kecik-kecik dulu, Galak gerentilah dia pun pernah kena marah, kena rotan dengan mak ayah dia . Kalau tidak, tak kan lah boleh jadi menteri sebab dengar cakap mak ayah iaitu belajar rajin-rajin dan bila dah dewasa boleh jadi pemimpin. Bukan senang nak jadi pemimpin ni kawan-kawan. Hanya orang yang layak dan mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman sahaja yang layak untuk membimbing kita semua. Tak kiralah dia menteri apa pun, asalkan dia adalah pemimpin. Kalau bodoh, tidak akan jadi pemimpin kan...

Ha,... ni Galak nak tanya, macam mana nak jadi pandai, bijak, berdisiplin, berilmu dari segi agama mahupun ilmu dunia??

Bagi Galak, tanpa didikan dari kecil atau bak kata pepatah 'meluntur bulur biarlah dari rebungnya ' sebenarnya satu perkara yang sangat-sangat penting. Tanpa didikan dari kecil, Galak percaya, orang tua-tuanya mesti Bodoh kan.. Tapi, kita tengoklah zaman sekarang, semua orang bijak-bijak belaka. Mesti zaman kecilnya diasuh dan di didik dengan cara yang betul. Kalau didikan salah, mestilah orangnya bodoh. Kan?? Anda jawab sendiri betul ke tidak...

Tapi zaman sekarang Galak tengok, anak-anak semua di manja-manjakan, di mewah-mewahkan, di tatang bak emas dalam dulang, di junjung bak junjung tahta di raja. Anak buat salah sikit - "oh xpe, sikit je tu, lain kali jangan buat lagi tau..." Kata ibu bapa mereka. Kalau zaman dulu, anak buat salah sikit je, terus je rotan tanpa tanya apa-apa. Bahkan anak orang lain buat salah dengan anak kita, tapi kita masih juga rotan anak kita. Itu sebenarnya didikan dan bukan deraan. Banyak lagi Galak tengok, budak-budak zaman sekarang sudah tidak hormat guru-guru. Ada yang bergaduh dengan guru. Bila guru rotan mereka, ibu bapa mereka pula yang saman guru. Berbanding dengan zaman dulu, Guru rotan murid sebab tak siap kerja sekolah, Ibu bapa pula datang tambah lagi rotan kepada anaknya sebab tidak dengar kata guru. Oleh sebab itulah, golongan zaman dulu orangnya lagi bijak pandai dari golongan zaman sekarang. 

Huh!!... Jadi, sebelum membentang kertas kerja mengenai isu rotan anak tersebut di parlimen, Galak rasa ada baiknya Menteri Pn Rohani kaji semula walaupun puan telah menyatakan Negara sudah menandatangani perjanjian dengan CRC ( konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak dengan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu ( PBB ). Jangan NAK AKUR SAJA DENGAN APA YANG TELAH DITANDATANGANI TU.....

Jika isu ini terlaksana jua, nescaya, di hari tua kelak, anak-anak akan makin tiada rasa hormatnya pada ibu-bapa, guru-guru dan golongan pendidik malah bukan itu saja, tahap ilmu pengetahuan makin berkurangan menjadikan peratusan golongan yang bijak pandai akan berkurangan. Maka kita bolehlah lihat golongan tersebut mudah ditindas oleh golongan yang bijak. Jangan tunggu nanti makin ANAKKU SAZALI muncul di zaman hadapan gara-gara kebodohan kita di zaman ini. Pelajarilah dari apa yang Arwah P. RAMLEE  telah sampaikan dalam cerita ANAKKU SAZALI. 

Setakat ini saja entri Galak. Di kesempatan ini Galak ingin memohon maaf jika terdapat kata-kata Galak yang membuatkan pembaca terasa serta marah dengan pendapat Galak . Galak hanya manusia. Manusia yang kecilnya di didik dengan berasaskan rotan. Rotan yang menjadikan Galak seorang yang sedang berusaha mencari kejayaan. Rotan yang menyebabkan Galak dapat menghabiskan pengajian ijazah sarjana muda, dan rotan yang membuatkan Galak kenal erti hormat manusia, hitam putih warna dan jernih kotor air. 

Sekian.