Followers

Pages

Sunday, January 25, 2015

ROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH? WAJAR ATAU TIDAK - PANDANGAN GALAK HITAM


MACAM- macam hal lah berlaku dalam Negara kita sekarang ni. Macam-macam benda terjadi. Sekarang pula hangat dengan isu rotan anak yang bakal di jadikan sebagai satu 'point baik' yang bakal mem'bodohkan' lagi generasi akan datang. Isu ini lah yang Galak nak berkongsi pendapat dengan kawan-kawan semua. Tak kesahlah kawan-kawan suka atau tidak kerana Galak hanya ingin bagi pendapat sendiri sahaja dan tidak ada kena mengena dengan golongan pemerintah, menjawat awam/swasta, golongan petani kampung, guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah, doktor-doktor dan banyak lagi. ( mampus Galak kalo nak mention semua golongan )

 Sebagai salah seorang penduduk di Negara Malaysia dan berstatus warganegara, Galak ingin juga bagi sedikit pendapat yang mana Galak rasa tidak patut isu rotan ini di jadikan satu akta kesalahan dalam negara kita. Memang di Negara Sweden ada akta sebegitu, dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu sebuah keluarga iaitu keluarga Azizul Rahim Awaluddin dan isteri ( Shalwati Norshal ) yang di jatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memukul anaknya( Galak fikir rotan anak biase-biase jer macam ibu bapa rotan anak-anak mereka kerana tidak siap keje skolah, tidak mahu/melambatkan solat dan sbgainya ) . Oleh kerana kita di Negara orang, jadi kita kenalah mengikut akta perlembangaan mereka. Sama seperti kita masuk 'Kandang kambing, kena mengembek, masuk kandang harimau kenalah mengaum,'. Bagi Galak perbuatan Azizul Awaluddin dan isterinya melakukan perbuatan sedemikian adalah betul kerana itu adalah satu bentuk dalam mengajar dan mendidik anak. 

Masih lagi segar dalam ingatan Galak, semasa galak berada dalam darjah 3 di Sekolah Rendah. Biasalah budak-budak, nakalnya sentiasa ada. Lagi nakal bila bertemu Geng ( rakan sekelas). Buat bising memang satu rutin. SUATU hari... Galak di sekolah rendah, Kelas fardhu' ain. Loceng berbunyi menandakan waktu belajar bermula. Galak dan kawan-kawan di dalam kelas, kerja kami buat bising. Sampai Ustat ( Arwah ustaz Abdul Kadir ) tidak mampu mengawal kami. ( sebenarnya bukan tidak mampu memarahi kami tetapi arwah sebenarnya sayangkan anak muridnya sehingga tidak sanggup memarahi kami ). Bisingnya kelas kami sehingga tiba-tiba seorang ustaz disiplin ( Arwah Ustaz Abdul Halim ) masuk. Kami yang sedang bergembira suka membuat bising tiba-tiba diam. Terkejut dan ketakutan kerana Arwah Ustaz Halim masuk kelas kami. Kami semua duduk di tempat masing-masing. Arwah tanpa bercakap apa-apa terus ke arah kami. Satu persatu kawan-kawan Galak di tariknya. Tangannya memengang surai @ anak rambut ( rambut di tepi telinga ) kemudian di tarik ke atas. Memang sakitnya sampai kami yang di tariknya semua berjalan jinjing. Sakitnya hanya kami sahaja yang merasa. Mau menitik air mata tahan sakit. Dari hari tu sampai habis belajar darjah 6, kami geng-geng budak nakal ni diam sahaja dalam kelas. Tambah-tambah masa kelas fadhu ain. SERIUS BEB, SAKIT!!!....

 HAHAHA.. Padan muka Galak n Geng.. Nakal sangat kan... Tapi, Galak dan kawan-kawan tidak berdendam pun dengan Arwah malah kami cukup berterima kasih dengannya kerana dengan ketegasan dan Garangnya arwah membuatkan kami diam dan tidak nakal lagi dalam kelas. Tapi percayalah, GALAK BENAR_BENAR INGIN BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA KERANA MENJADI PENDIDIK GALAK DAN RAKAN_RAKAN HINGGA MENJADI ORANG YANG BERILMU WALAU ILMUNYA TIDAKLAH BANYAK.

Sebenarnya Galak bukan nak bercerita pasal kisah zaman kanak-kanak Galak, cuma Galak ingin kaitkan dengan yang Menteri pembangunan wanita tu, apa nama tu... nak bentangkan isu tersebut jun ini. Sebenarnya tidak perlu untuk tubuhkan salah laku rotan anak ni kerana sebenarnya itu adalah satu bentuk didikan yang sangat mujarab dan menjadi. Kalau hendak ditanyakan, Galak rasa, Apa nama menteri Rohani tu masa kecik-kecik dulu, Galak gerentilah dia pun pernah kena marah, kena rotan dengan mak ayah dia . Kalau tidak, tak kan lah boleh jadi menteri sebab dengar cakap mak ayah iaitu belajar rajin-rajin dan bila dah dewasa boleh jadi pemimpin. Bukan senang nak jadi pemimpin ni kawan-kawan. Hanya orang yang layak dan mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman sahaja yang layak untuk membimbing kita semua. Tak kiralah dia menteri apa pun, asalkan dia adalah pemimpin. Kalau bodoh, tidak akan jadi pemimpin kan...

Ha,... ni Galak nak tanya, macam mana nak jadi pandai, bijak, berdisiplin, berilmu dari segi agama mahupun ilmu dunia??

Bagi Galak, tanpa didikan dari kecil atau bak kata pepatah 'meluntur bulur biarlah dari rebungnya ' sebenarnya satu perkara yang sangat-sangat penting. Tanpa didikan dari kecil, Galak percaya, orang tua-tuanya mesti Bodoh kan.. Tapi, kita tengoklah zaman sekarang, semua orang bijak-bijak belaka. Mesti zaman kecilnya diasuh dan di didik dengan cara yang betul. Kalau didikan salah, mestilah orangnya bodoh. Kan?? Anda jawab sendiri betul ke tidak...

Tapi zaman sekarang Galak tengok, anak-anak semua di manja-manjakan, di mewah-mewahkan, di tatang bak emas dalam dulang, di junjung bak junjung tahta di raja. Anak buat salah sikit - "oh xpe, sikit je tu, lain kali jangan buat lagi tau..." Kata ibu bapa mereka. Kalau zaman dulu, anak buat salah sikit je, terus je rotan tanpa tanya apa-apa. Bahkan anak orang lain buat salah dengan anak kita, tapi kita masih juga rotan anak kita. Itu sebenarnya didikan dan bukan deraan. Banyak lagi Galak tengok, budak-budak zaman sekarang sudah tidak hormat guru-guru. Ada yang bergaduh dengan guru. Bila guru rotan mereka, ibu bapa mereka pula yang saman guru. Berbanding dengan zaman dulu, Guru rotan murid sebab tak siap kerja sekolah, Ibu bapa pula datang tambah lagi rotan kepada anaknya sebab tidak dengar kata guru. Oleh sebab itulah, golongan zaman dulu orangnya lagi bijak pandai dari golongan zaman sekarang. 

Huh!!... Jadi, sebelum membentang kertas kerja mengenai isu rotan anak tersebut di parlimen, Galak rasa ada baiknya Menteri Pn Rohani kaji semula walaupun puan telah menyatakan Negara sudah menandatangani perjanjian dengan CRC ( konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak dengan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu ( PBB ). Jangan NAK AKUR SAJA DENGAN APA YANG TELAH DITANDATANGANI TU.....

Jika isu ini terlaksana jua, nescaya, di hari tua kelak, anak-anak akan makin tiada rasa hormatnya pada ibu-bapa, guru-guru dan golongan pendidik malah bukan itu saja, tahap ilmu pengetahuan makin berkurangan menjadikan peratusan golongan yang bijak pandai akan berkurangan. Maka kita bolehlah lihat golongan tersebut mudah ditindas oleh golongan yang bijak. Jangan tunggu nanti makin ANAKKU SAZALI muncul di zaman hadapan gara-gara kebodohan kita di zaman ini. Pelajarilah dari apa yang Arwah P. RAMLEE  telah sampaikan dalam cerita ANAKKU SAZALI. 

Setakat ini saja entri Galak. Di kesempatan ini Galak ingin memohon maaf jika terdapat kata-kata Galak yang membuatkan pembaca terasa serta marah dengan pendapat Galak . Galak hanya manusia. Manusia yang kecilnya di didik dengan berasaskan rotan. Rotan yang menjadikan Galak seorang yang sedang berusaha mencari kejayaan. Rotan yang menyebabkan Galak dapat menghabiskan pengajian ijazah sarjana muda, dan rotan yang membuatkan Galak kenal erti hormat manusia, hitam putih warna dan jernih kotor air. 

Sekian.