Followers

Pages

Tuesday, May 12, 2015

Pakej Candat Sotong di Kuala Besut, Terengganu

Tawaran Pakej Mencandat Sotong di Kuala Besut, Terengganu

Pakej: Candat sotong, Memukat Sotong ( oleh awak-awak nelayan ) serta memancing di sekitarnya.

Saiz Bot A ( lebih kurang lebar 15kaki dan 60 kaki panjang.)
Maximum : 10 orang

Harga Rm 2,000 untuk satu hari 

Kepada peminat aktiviti mencandat sotong di seluruh negeri tidak kira pantai timur mahupun dari pantai barat di alu-alukan untuk menempah sekiranya berminat dengan pakej yang ditawarkan. 

Juga kepada yang ingin merasakan atau melihat atau mencari pengalaman merasakan suasana mencandat sotong mahupun melihat cara memukat sotong di alu-alukan juga untuk membuat tempahan. 

Kemudahan yang tersedia:
Dapur memasak, tempat simpanan ais, tempat tidur, bekalan air bersih, lampu sportlight dan lampu sotong, baju.jaket keselamatan, sistem GPS, 

PENGECUALIAN: Pakej ini tidak di lindungi oleh sebarang polisi insuran. Jika berlaku sebarang masalah atau musibah, pihak/tauke bot tidak akan bertanggung jawab dalam sebarang perkara yang berlaku.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :

En Farid: 019-9191749

Note: Musim Sotong kebiasaannya di antara bulan march hingga jun/julai setiap tahun di kawasan Pantai timur. 

Gambar di bawah di ambil semasa mengikuti 1 kumpulan yang turun mencadat dengan pakej tersebut.


Saiz Bot A 


Pandangan dari atas bot. Boleh juga di jadikan tempat untuk solat. Panduan arah kiblat boleh tanya pada tekong bot.


Kumpulan tersebut sedang menjamu selera sebelum melakukan aktiviti mencadat atau memancing.


Aktiviti mencadat pada waktu malam.


Antara Jenis sotong yang berjaya di candat. 1 bekas biru bersamaan dengan 15 kilogram atau 20 kilogram berat hasil.



Hasil tersebut dari memukat sotong oleh para awak-awak bot. Tidak terlepas juga kumpulan tersebut untuk membantu mengasingkan sotong dan ikan ke dalam bekas-bekas yang tersedia.

Hasil pada malam itu ialah 90 Kilogram Sotong dan 20 kilogram Ikan pelbagai jenis. 



Monday, May 11, 2015

Cerpen Ayah.


             Hujan renyai-renyai mula turun. Angin sepoi-sepoi turun dirasakan Jahal yang sedang duduk di pankin hadapan rumahnya sambil di mulutnya mula menyedut asap rokok daunnya. Matanya tepat merenung bulan yang cerah pada malam itu. Kadangnya pandangannya beralih pada bahu jalan setelah ada beberapa kereta melewati hadapan rumahnya. Namun kemudiannya dia terus memandang kembali pada bulan tersebut. Seperti memikirkan sesuatu. Berbaju singlet dan berseluar pendek seperti tidak menghiraukan kesejukan malam itu, Jahal masih tidak mengendahkan titisan air hujan yang semakin lebat itu. Pankin yang di bina dari kayu dan papan serta berbumbungkan atap zink ternyata sama sekali bising dengan titisan air hujan yang menimpa atap tersebut namun tidak membenarkan sedikit pun air hujan mengena tubuh rencang Jahal yang sedang senang duduk di dalamnya. Hanya tempias sedikit sahaja di rasainya namun tidak di endahkan Jahal. 

Wajah yang berkerut seperti memikirkan sesuatu tadi bertukar alih kepada adiknya yang menjerit padanya di hadapan pintu rumahnya. Cemas seperti sesuatu sedang berlaku. 

"Abang Jahal, cepat ! ... Ayah jatuh.".

Mendengar jeritan itu, Jahal bergegas ke dalam rumah. Dia segera ke dapur.

Ayahnya terbaring di ruang dapur rumah. Dengan segera Jahal dan adiknya memapah ayahnya dan di bawa ke ruang luar rumah. Ayahnya pengsan tidak sedarkan diri. 

" kau tunggu dekat ayah, aku nak ke rumah Ali untuk minta dia bawa keretanya "

Dengan tidak berpayung atau memakai baju kalis hujan, Jahal segera mendapatkan motosikal jenis EX5 yang selalu di gunakan untuk ke tempat kerja untuk ke rumah Ali. Kelam malam dengan hujan renyai tidak di endahkan Jahal. Matlamatnya hanyalah untuk ke rumah Ali yang berada di kampung sebelah. Jauh sedikit dari rumahnya. Di kampungnya, bukan tiada penduduk yang mempunyai kenderaan berbumbung tapi Jahal sudah masak dengan perangai orang kampungnya yang hanya memberi pertolongan jika ada habuannya. 

Ali yang juga sahabat Jahal sejak di bangku sekolah lagi, seorang yang baik dan selalu menolong Jahal di kala Jahal memerlukan pertolongannya. Mungkin ada budi Jahal yang menyebabkan Ali sentiasa menolongnya.  Dulunya mereka sama-sama satu kelas. Kelas pandai. Jahal juga tidak asing dengan kebijaksanaannya kerana sering mendapat tempat pertama dalam kelas di ikuti Ali di tempat kedua. Mereka sering berlumba untuk mendapatkan tempat pertama di dalam kelas. Jahal juga pernah di tawarkan ke Universiti tempatan namun di tolaknya. Pada masa itu ibunya meninggal dunia manakal ayahnya sudah berhenti kerja kerana sering mengadu sakit kepala dan tidak mampu untuk meneruskan kerjanya. Mengenangkan adiknya masih di bangku sekolah dan ayahnya yang sudah berhenti kerja,  Jahal mengambil keputusan untuk menolak tawaran ke universiti kerana ingin menjaga keluarganya. Pernah juga di marahi ayahnya kerana menolak peluang tersebut namun dia nekad untuk memilih tidak menerima tawaran tersebut demi keluarganya. Pernah juga Jahal merungut kerana keadaan keluarga namun akhirnya dia redha dengan ketentuan. Mungkin tiada rezeki mengejar cita-citanya namun dia percaya rezeki itu meluas. Tiada rezeki hari ini, mungkin akan datang rezeki di kemudian hari.

Setelah mendapatkan Ali, Jahal segera pulang dalam keadaan basah kuyup serta kesejukan. Dan kemudian di ikuti Ali yang datang dengan kereta jenis produa kancilnya. 

Sampai saja Ali, tanpa berlengah, Jahal dan adiknya Nina segera memapah ayahnya dan memasukkan ke dalam kereta Ali. Mereka terus saja ke hospital berdekatan. 

*******************************************************************************

Di Hospital .

Setelah di berikan ubat serta pemeriksaan telah di lakukan oleh pihak hospital, Jahal di panggil oleh seorang Doktor yang ditugaskan untuk merawat ayahnya. Mereka menuju ke bilik Doktor. Doktor Rajit Singh.

" Ada ketumbuhan di dalam kepala ayah kamu, peringkat ke tiga dan pihak hospital memerlukan sejumlah wang untuk membiayai kos pembedahannya .."

Patutlah semenjak setahun yang lepas, ayahnya selalu mengadu sakit kepala. Hendak diajak  untuk pemeriksaan di klinik tidak mahu. Katanya sakit kepala saja, bila makan ubat nanti hilang sakitnya.

Doktor Rajit memberi tempoh selama 3 bulan kepada Jahal untuk membuat keputusan serta menyediakan kos perubatan jika mahu ayahnya kembali sihat.

Alangkah luluhnya hati seorang anak sulong apabila mendengar berita buruk itu ditambah pula kos untuk membiayai pembedahan ayahnya melampaui pendapatannya. Jika di keluarkan duit simpanan serta kwsp nya juga masih lagi tidak mampu untuk menanggung pembiayaan tersebuit, apatah lagi dengan meminjam wang dari saudara sendiri yang sudah diketahui mereka semua kedekut. 

Jahal buntu memikirkan masalah yang ditimpa mereka sekeluarga. Dia tidak memberitahu Nina kerana tidak mahu adiknya terlibat dalam permasalahan itu. Baginya biarlah dia seorang yang menangung semua itu. Apa yang bermain di fikirannya sekarang ialah bagaimana cara untuk dia kumpulkan duit berpuluh ribu ringgit untuk membiayai kos perubatan ayahnya itu.

Setelah ayahnya kembali sedar, mereka kemudiannya membawa ayahnya pulang ke rumah.

******************************************************************************

Di rumahnya.

Suatu petang, semasa Jahal berehat di pangkinnya, Ayahnya datang menyapa. Jahal yang masih penat baru pulang dari kerja segera bangun dan berpura-pura seperti tidak letih. Di sambut ayahnya duduk di pangkin tersebut. 

" macam mana kerja, banyak ? "

" Macam biasa ayah, hari ni pasang tilles  saja. Boleh la buat kerja sambil duduk...,malam ni saya ke pasar malam, tolong Pak Kudin menjual buah di sana"

Mereka kemudian diam seketika. Bunyi kicauan burung ciak berkiauan seperti riang kekenyangan makan padi, disertakan pula dengan sepoi angin petang menyapa menenangkan sesiapa sahaja yang keletihan setelah pulang dari membanting tulang mencari rezeki. Terutama yang berkerja sebagai buruh kasar.  Begitulah kerja orang kampung. Ada yang berkerjaya, ada pula yang tidak berkerjaya besar, ada juga yang sanggup mengetepikan masa depan demi keluarga di kampung. Antara mengejar cita-cita dan pengorbanan kepada keluarga. Sepertimana ibu bapa yang sanggup mengorbankan sisa hidup demi anak-anak. Begitulah juga jika ada anak yang sanggup mengorban cita demi ibu bapa. 

" Jahal...". Ayahnya menyapa. 

" kalau tak mampu, kamu tak payahlah cari duit lebih untuk ayah, Sakit ni semua orang akan rasa, Cuma bezanya rasa. Ayah tahu penyakit ayah ni berat. Tapi ayah tak mahu anak ayah tanggung beban untuk ayah. Biarlah penyakit ni menemani ayah sampai bila-bila. Kalaupun takdir ayah pergi, ayah redha... "

Jahal terus menyakat kata-kata ayahnya. 

"tapi ayah, Jahal masih mampu cari duit untuk tanggung kos pembedahan ayah.."

" Jahal... Tak payahlah. Niat kamu tu baik, tapi ayah taknak semua tu. cukuplah kamu dapat jaga Nina dan dapatkan yang terbaik untuknya sudah memadai bagi ayah... Ayah serahkan tugas ayah pada kamu..."

Kata-kata ayahnya tidak di hindarkan Jahal, Dia tekad untuk mengumpul sebanyak mana duit untuk membiayai kos pembedahan ayahnya. 

Namun setelah tidak sampai 2 bulan, ayahnya jatuh pengsan dan di bawa ke hospital. Jahal sudah menjangkakan sesuatu akan berlaku pada ayahnya. Tidak lama selepas itu ayahnya meninggal dunia. Walau sedih namun Jahal tetap redha dengan pemergiannya. Dia tahu dia telah berusaha sehabis boleh namun masih tidak mampu juga. Pada ayahnya, dia berjanji untuk menjaga dan memenuhi keperluan Nina yang masih belajar di bangku sekolah. Dia berjanji untuk jadi ayah, ibu dan abang yang mampu memenuhi keperluan Nina. 

********************************************************************************

Kepada Ayah, 

Galak sisipkan sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Rinto Harahap bertajuk Ayah dan dipopularkan oleh Band dari indonesia : Peterpan - Ayah. 

https://www.youtube.com/watch?v=_0HO8EA2VXc

video



p/s: Cerita hanyalah rekaan semasa-mata. Cerita biasa oleh Galak Hitam. Tiada kena mengena bagi yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. 

Apa yang ingin Galak sampaikan adalah, Hargailah Ayah atau ibu bapa anda selagi mereka masih bernyawa dan hiburkanlah hati mereka. Jangan marah atau benci di sebabkan oleh kata-kata mereka atau di marah mereka, Kepada mereka yang sudah meninggal dunia, sama-samalah kita sedekahkan Al fatihah berserta doa kepada mereka semoga di tempatkan di kalangan orang2 beriman. 

Ingatlah tanpa mereka, 
kita tidak akan ada di dunia ini,
kita tidak akan jadi orang berakal,
kita tidak akan kenal agama kita,
kita tidak akan jadi manusia,
kita tidak akan mampu makan,
kita tidak akan mampu minum,
kita tidak akan mampu belajar,
kita tidak akan mampu berjalan di dunia sekarang.



Maafkan jika ada tersalah bahasa, terkasar kata, tersilap taip Galak dalam menulis entri tersebut. :))

Peace Yoo. 





Hitam Manis yang Hitam Manis - Pandang Tak jemu

As Salam dan Salam sejahtera kepada warga pembaca, sahabat-sahabat semua.
Semoga Kalian dalam keadaan sihat sejahtera.

entri kali ni berkenaan dengan warna. Entah kenapa Galak rasa ingin menulis berkenaan 'Hitam manis'.. Mungkin ada sebabnya. Sebab? Iya, bersebab.

Adapun di kalangan manusia warna kulitnya berbeza,
Adapun di kalangan manusia perangainya lain rupa,
Adapun di kalangan manusia lain wataknya,
Bergantung pada didikan dan keturunannya.

Itulah manusia. Kalaupun sama mestinya kembar rupa.
Kalaupun sama mesti peranganinya berbeza,
kalaupun sama, mesti lain jantinanya.
Semua tetap berbeza. Itulah kebesaran Pencipta,
Bukan melalui Sainsnya.

Dan kenapa Hitam manis?
Ha ha ha,,, Hanya sebab hitam tidak semestinya buruk,
Hanya sebab hitam tidak semestinya bodoh.
Hanya sebab hitam tidak semestinya hodoh.

Hitam ada baiknya.
Hitam ada kelebihannya
Hitam ada kecantikannya.

Itulah yang Galak ingin maksudkan.
Dan Galak suka hitam manis bukan kerna
warna kulit Galak, tetapi sukanya Galak pada
warna itu.

Untuk dia, Galak tujukan sebuah lagu.
Nyanyian Emilia Contessa - Hitam Manis.

" Hitam manis, yang hitam manis
yang hitam manis, pandang tak jemu,
pandang tak jemu....

... yang hitam manis, pandang tak jemu..
Hitam manis yang hitam manis, yang hitam manis,
cantik parasmu buat hatiku, siang dan malam,
selalu kurindu...

... Di waktu bulan terang cuaca, Ku pejam mata
tapi tak lena,. Yang hitam manis datang menjelma, 
Kenangan menggoda, Aku teringat pandang pertama..."