Followers

Pages

Monday, November 30, 2015

MEMBINA SEBUAH RUMAH

Membina sebuah rumah,
mahunya cantik serta megah,
serta kukuh dan gah di balik bencana,
ibarat mahligai di puncak bukit.

Membina sebuah rumah
sukarnya dalam membina,
pelbagai pelan serta arkitek diperlukan,
ramainya pembantu dalam membina,
lamanya tempoh untuk di siapkan,

Membina sebuah rumah,
perlukan tukangnya,
serta pembantunya,
dan juga bahan binaannya,
barulah boleh mula membina.

Membina sebuah rumah,
perlunya kesabaran,
perlunya ketekunan,
perlunya kebertanggungjawaban,
perlukan masa.

Akhirnya,
Rumah siap di bina,
Di catnya cantik lamannya indah,
berkat usaha tukang dan pembantunya,
itulah impian setiap pemiliknya.

#ikhlas dr Galak Hitam.


HORMAT MENGHORMATI vs EGO



Hormat Menghormati. Itulah suatu yang sukar bagi seseorang itu. Walau jiwa selembut salju embun, tapi masih ada walau secebis ego dalam diri setiap manusia. Itulah lumrah setiap manusia. Tidak di nafikan ada manusianya salih menghormati antara satu sama lain, namun dalam sesetengah situasi atau keadaan, pastinya akan ada walau setitik atau sebesar zarah rasa keegoan itu dalam diri. Tidak menyalahkan sesiapa kerana Galak sendiri mempunyai sikap sedemikian. 
Malam ini Galak belajar sesuatu yang baru. Dalam ke egoan diri, kadangnya kita kena hindar rasa itu demi kepentingan orang lain, sekeliling atau persekitaran kita. Jika itupun kita tidak boleh buat, nescaya kita akan dipandang hina oleh orang lain. Sifat ego itu di ibaratkan dengan sifat dengki atau cemburu sesama manusia, persekitaran atau sekeliling kita. Janganlah kerana kepentingan diri, sampai kita lupa akan niat murni kita untuk kesejahteraan di masa akan datang. Jika boleh, jangan kita ikuti sifat sedemikian, dan jika ada berlaku dalam setiap masa kita, jauhilah, dan tenangkanlah diri supaya tidak memudharatkan. 

'Biar orang buat kita asalkan jangan kita buat orang '. Ungkapan itu sering kita dengar dalam setiap buah mulut orang tua-tua. Ini kerana, mereka tahu akan keburukan jika kita yang memulakan perbalahan atau bersikap ego akan membawa padah kepada diri malah kepada persekitaran serta orang sekeliling. Jadi, untuk menghindar dari berbuat demikian, kita cubalah istighfar dan tenang serta bersikap positif dalam segala perbincangan, permasalahan mahupun persekitaran sekeliling. Jangan pula kita memanaskan sikap itu sehingga mendidih gelegak dan akhirnya keluar dari dalam diri . Oleh itu sebagai manusia yang mempunyai akal yang telah dikurniakan oleh Allah swt, kita kenalah bersikap mudah menerima, hormat menghormati serta bermacam lagi dalam membentuk sahsiah diri dan keperibadian diri. 

Sukar nak hindar sifat ego?
Memang sukar, tapi jika kita praktikkan dalam kehidupan seharian pastinya akan berjaya kita hindar sifat itu. Malah kita kena selalu bersikap adil, menerima teguran dan nasihat, serta mengakui kesalahan serta ringankan diri dengan meminta maaf sekiranya menyedari kesalahan yang telah dilakukan. Nescaya jika itu yang kita praktikkan dalam kehidupan seharian, pastinya kita akan disenangi oleh setiap golongan muda mahupun tua.